E Sejadah Solatronik Ana Muslim

INILAH SEJADAH AJAIB YANG MAMPU MENGAJARKAN ANAK ANDA BERSOLAT SETIAP HARI

More details

HS0930

New

$ 75.00

-$ 23.00

$ 98.00

KENAPA IBU BAPA PERLUKAN SOLATRONIK INI?

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)

Solatronik Ana Muslim antara satu alat yang mampu menarik minat anak-anak anda untuk belajar solat seawal usia 3 tahun dan ini tidak membebankan ibu bapa untuk mencari kaedah apa yang hendak digunakan dalam mendidik anak-anak melakukan solat tanpa sebarang paksaan.
Bak kata pepatah, melentur buloh biarlah dari rebungnya. Percayalah, doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat seperti kisah Nabi Musa dan juga bakal jirannya di syurga.

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'”

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat 40:

[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (Lelaki dan perempuan)”

Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk solat diakui bukan sesuatu perkara mudah. Mentarbiyyah anak-anak untuk melaksanakan solat tidak semudah kita mengajar mereka ABC atau mengira 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian cabaran.

Tahukah anda? hasil kajian yang diketuai Prof. Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin mendedahkan bahawa hanya 28.7% remaja menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Hal ini bermaksud seramai 71.3% remaja tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam!

Angka ini sememangnya sesuatu yang menggerunkan untuk difikir memandangkan solat itu adalah tiang agama dan tambahan pula kita berada dalam negara yang diiktiraf sebagai negara Islam. Oleh itu, E Sejadah merupakan satu inovasi yang mampu menarik serta mendidik anak-anak anda untuk solat dengan sempurna seawal usia 3 tahun. Anak yang soleh adalah impian setiap ibu bapa, maka, solatronik adalah jawapannya.

KELEBIHAN E SEJADAH INI SENSOR SOLAT E-Sejadah ini dikawal oleh sensor yang terdapat pada bahagian kaki, tangan dan juga kepala. Sensor ini bertujuan untuk mengesan setiap pergerakan solat anak-anak anda. Untuk apa sensor ni? supaya apabila anak anda silap langkah, panel akan berbunyi dan ulang semula langkah solat tersebut.

KOMPAS KIBLAT E-Sejadah didatangkan khas dengan kompas kiblat yang yang mampu menunjukkan arah kiblat dengan tepat.

SUARA QARI Untuk menarik minat kanak-kanak, kami menggunakan alunan bacaan suara Qari kanak-kanak. Hal ini menarik minat anak-anak anda untuk mengikuti alunan bacaan Quran tersebut.

SOLAT FARDHU E-Sejadah ini lengkap dengan solat fardhu bermula doa iftitah sehingga tahiyat akhir. SOLAT-SOLAT SUNAT E-Sejadah dilengkapi dengan solat-solat sunat. Antaranya adalah solat sunat rawatib, solat tarawih, solat witir, solat istikharah dan juga solat tahajud.

PENGIRA RAKAAT E-Sejadah ini dilengkapi dengan pengira rakaat dalam paparan LED yang menunjukkan jumlah rakaat yang telah dilaksanakan.

SURAH-SURAH LAZIM E-Sejadah juga mempunyai surah-surah pendek yang disertakan bagi membantu anak anda menghafal bacaan ketika solat.

MUDAH DIBAWA KE MANA SAHAJA E-Sejadah didatangkan khas dengan tuala, buku panduan solat dan bag anamuslim, oleh itu anak-anak anda boleh membawa sejadah tersebut ke mana sahaja

WARRANTY yang diberikan oleh Solatronik selama 1 tahun.

3 BAHASA E-Sejadah ini boleh digunakan dengan menggunakan 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, English dan juga bahasa Arab.

MEMORY Para ibu bapa boleh mengetahui solat yang dilakukan oleh anak setiap hari.

MATERIAL KAIN Material kain yang digunakan sejadah ini sangat berkualiti tinggi dan jika ada kekotoran pada sejadah tersebut, ianya boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan kain basah.

1 RUMAH 1 E-Sejadah Melahirkan Generasi Anak Soleh MILIKI E SEJADAH SEKARANG!!!

1 Unit Sejadah Beserta Smart Device Percuma

Beg Ana Muslim

Tuala Ana Muslim

Buku Panduan Solat

Bagaimana E Sejadah berfungsi?

E Sejadah berfungsi apabila kaki mula diletakkan diatas sejadah, seterusnya sensor dibawah lapisan sejadah akan mengesan dan device akan mula menunjukkan langkah-langkah untuk melaksanakan solat.

Adakah E Sejadah memerlukan sambungan elektrik?

E Sejadah ini tidak memerlukan sambungan elektrik, smart panel yang terdapat pada e sejadah hanya perlu diaktifkan dengan 3 bateri yang bersaiz 2A

Apakah saiz E Sejadah Solatronik?

Saiz sejadahnya adalah lebi kurang 100 x 62cm.

Apa kegunaan memory?

Ini adalah fungsi khas yang mampu membantu para ibu bapa memantau solat anak-anak ketika ibu bapa tidak berada di rumah. Anda hanya perlu menekan simbo “i” pada panel dan panel akan memberitahu solat dan jumlah rakaat yang telah dilakukan.

All our products are In-Stock

Like us on Facebook